Wednesday, December 28, 2011

Wordless wednesday

Assalamualaikum :)
Rabu yg kene kurang kan bercakap..
lets picture define what the meaning is..

dulu...



sekarang... 




p/s : semoga dikuatkan semangat untuk sem akhir ini..Amin..





dah bace??like la...

Friday, October 21, 2011

Google sambut Birthday sape tuh?

Assalamualaikum...

comelkan doodle ni... untuk pengetahuan sesiapa yang tak perasan lagi.. hari ini google meraikan ulang tahun mary blair yang ke 100 yea.. 

sangat tua yea ini mary blair. tapi sape pulak dia ni, sampaikan google nak sambut birthday dia?

hahahaha.. mesti korang semua tepikir benda yang sama kan?
jeng...jeng..jeng....


pernah lihat ini?

comelnya...tapi tak familiar la ^.^>

baiklah tak mengapa....

yang ini......


alah... cinderella mestilah tau.. salu tengok time kecik-kecik dulu. tu pon nak tanya la riya ni...

gud!

yang ni......


minat sangat dengan citer ni even peter pan dalam citer ni tak sehansome Ariel peter pan tu..

ariel jugak yang dia ingat! haktuiiiiihhhhh...

yang ni??


????
sape punya oyang ni??

amboi korang.. 
untuk pengetahuan dia ni la mary blair empunya cartoon yang comel-comel kat atas tadi tu..
kartoon yang duk kita mengadap time kecik-kecik dulu.. erk? ada ea? aku pon tak pasti..
tapi yang pasti dia ni boleh dikatakan seniman la.. tapi tak lapuk.
mary blair ni seorang pelukis bagi animasi-animasi terbitan walt disney seperti cinderella, Alice in the wonderland, peterpan and so on.. picture yang sedang senyum gumbira diatas ini adalah ketika mary blair berumur 80 tahun.. agak-agak kita ada tak amek picture bile umur 80 tahun tak? Wallahualam.

dia ni hidup lagi tak? macam mana la rupa dy agaknya yea? yang ke 100 tahun? imagine..

tak payah imagine sangat la kan.. sebabnya mary blair ni already gone in july 26, 1978.

tapi bagi aku....

sukanya tengok cartoon animasi dia yang comel-comel tu... (dengan gaya mengharap aku pun comel cam cartoon-cartoon animasi tu.. hahhahah)

ONE'S AGAIN... HAKKKKKTUIIIIIHHHHH!!!!!!!!!!

daaaa....
dah bace??like la...

Monday, October 10, 2011

subhanallah

Assalamualaikum...
walaweh...heheheh..pagi ni tak de kelas..kelas kul 2 pm nanti. so boleh la wat short hapdet.
Ada sesiapa tengok bulan ma malam tadi? it was so awesome. sangat menggambarkan kebesaran tuhan. Subhanallah. Huhu saya sedikit hampa kerana kat poli tak nampak dapat tengok picture pon dah rasa kagum apatah lagi kalau melihat dengan mata kepala sendiri..

fenomena bulan 9.10.2011
Subhanallah.. lihatlah ciptaan yang Maha Esa.


picture-picture ni aku dapat dari fb member-member yang post kat wall mereka. rase rugi sangat-sangat tak dapat tengok dengan mata kepala sendiri..T___T




dah bace??like la...

Thursday, October 6, 2011

BAJET 2011

Assalamualaikum....
walaweh..saya hapdet lagi..ngeeee *_____*
tu dia.. tajuk entry kali ni ala-ala gaya nak menyimpulkan penggulungan bajet 2011 kali ini..oh sama sekali tidak. bajet belum dibentangkan mane kan dapat aku simpulkan...ngeeee...


sekalian alam penduduk di Malaysia...maka saya riya fadani ingin mengajak anda beramai-ramai mohla mengadap tv sok yea..ye la masing-masing kunun2 nak jadi rakyat prihatin..kunun2 nak tau perkembangan yang bakal dibentuk untuk Malaysia padahal masing-masing juz nak tau gaji naik idak..rokok murah ke idak..minyak naik agi ke idak..barang2 subsidi..biase la tu..

aku sebagai pelajar akaun yang amek Tax tahun ni pon wajib dengar...Argghhhh tidak..sangat membosankan~! tv tak de so EXCUSE!!! yes boleh tido~! Korang je tengok. bukan tak nak amek tau tapi hamba tak mampu nak dok mendengar n mengadap tv tu. selalunya pon just baca kat akhbar-akhbar yang dah menyimpulkan pe yang PM cakap.ha! kan senang..tak dela kene mengadap telinga berejam!!

mesti korang terfikirkan, dah tu kalau aku pon tak de nya berminat pe kejadah wat entry gaya amek tau an? it is because ini............


Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib
             ------------------------------------------------------------------------

bagi tajuk je dulu..t korang bace ea. this thing i terbace from one of my friend - Badrul post on our club group.. surat seorang remaja yang belum layak mengundi Muhammad Muizzuddin Bin Zaini..not my brother Muazzanazuddin nak dekat sama tap bukan yea..umurnya baru setahun jagung tapi pemikirannya seperti jagung yang sudah layak untuk dimakan..ngeeee..suka-suka je rosakkan perumpamaan! ok semua bukak mata besar-besar..............................................


ok dah bukak macam mata kat atas ni..jangan lupe baca pakai akal dan fikiran....selamat membaca..*__*V

Assalamualaikum Dato’ Seri.


Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.


Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).


Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.


Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.
Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!


Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.


DASAR


Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?


Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?
Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.


Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.


Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG! 
Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?


PELAN TRANSFORMASI EKONOMI


Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.


Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.


Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.


Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?


Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.


Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?


IFF dan AURAT


Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.
Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?


Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?


JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?


Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?


Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?
Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?


KEMISKINAN dan HARGA NAIK


Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.


Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.
Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!


Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).


Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.


Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.


Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.


SUARA RAKYAT


Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.
Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.


Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.


Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?
Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.


Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?


Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?


REFORMASI


Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.
Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.


Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.


Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.


Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?
Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak.


Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!
Sekian, terima kasih.
penuh informasi dan isi kan?? siapa sangka remaja 19tahun boleh melahirkan pendapatnya sebegini rupa..bukan omong kosong tapi kenyataan. sekadar ingin berkongsi. Assalamualaikum... daaaaaaaa...

p/s : jangan lupa tengok bola juga tau..ngeee...dah bace??like la...

Saturday, October 1, 2011

comeback bersama entry yang dah terlambat T_T

Assalamualaikum......
walaweh sudah berhabuk ini blog...
bukan takat berhabuk je...segala binatang-binatang ternakan dan peliharaan pon dah beranak pinak..amboi tuan badan...over pulak..sebelum tu ucapan selamat hari raya maaf zahir batin yang sangat terlambat dan tak patot langsung dari saya..raya dah habis baru nak ucap...teruk nor!

Sorry sangat-sangat sebab lame tak on9..cakap gempak macam ade banyak reader jer riya ni, hahha.. sangat2 terharu bile ade some fren jumpa then tanya bile nak update blog? salu singgah tapi tak hapdet? then suwoh update cepat la coz they all nak baca..so sweet.....
and i know reader setia iaitu kak kemetot salu sangat singgah ini blog capok...tiap kali singgah tiap kali tu la dy akan membebel bile nak update, blog dah ade sarang burungla. burung dah bole terbang la.nampak sangat menipu..btw thanks kak sebab salu bebel..hahhaha

stop riya fadani!!! thats mulut itik sgt2 annoying...

em..even raya dah lepas, aku still gak nak upload few gambar raya. even raya tahun ni tak de la best sangat bagi aku tapi still bermakna. setiap raya, adalah raya yang bermakna sebab tak tahula sampai bile aku akan jumpe ramadan dan raya yang akan datang. 

raya disambut dengan sangat sederhana..raya pertama macam orang lain. kerja kami satu family pusing-pusing around kl ziarah kubur sanak saudara..mendoakan roh mereka dicucuri rahmat..

tapi till now sangat tak puas ati sebab raya hari tu dapat cuti kejap je.. u can imagine Poli bagi cuti seminggu je??huhuhuhu..so sad. raya bawu mula dah fikir kene balik hostel..sangat buat mood raya lari...dengan balik2 cuti segala kuiz dan test menunggu..memang tak payah nak raya sangat la kan.. okok riya tak payah nak bebel panjang sangat la kan coz dah lepas dah pon..ngeee,,,

raya dah habis still gak nak upload few gambar raya..



pagi raya sebelum keluar rumah lepas bersalam-salaman amek pict family jap...tema tahun ni biru..baju yang aku pakai tu baju my sis dia sangat baik nak bagi pinjam coz aku dah salah beli baju.. terbeli warna hijau not "ter" sangat actually..aku yang excited giler carik baju warna hijau sebab ingat my family punya tema warna hijau tapi sebenarnya beli sebab tak ade kurung hijau...then sampai je rumah my mom kate "awat p beli colour hijau?" irda and muaz dah gelak-gelak sakan tengok muke aku yang dah spoil lepas excited nak tunjuk baju. tulah gatal nak li sendiri..tahun ni my mom suwoh anak-anak pompuan dy pilih kain sendiri tak macam-macam last raya, dy akan beli tuk kitorg sekali satu design then anta p jahit... tak dilupakan sempat lagi my mom kate dy tak pernah pilih tema hijau coz muke aku tak sesuai colour hijau...
 WHAT!!!!!! wargh~!!!! sampai hati mak~~ T.T
hancur lebur terus kegembiraan atas colour hijau..dan untuk merawat luka baju hijau tu..my sis farah zuryati bagi pinjam one of baju riya..so sweet...ceria kemabali...

ragam adik beradik...so sengal...
one of juadah pagi raya...
yang ni adik aku irda...

okok..saya tau sume nak kate dy lagi lawa dari kite..kite tau.
ni gaya muaz after balik  beraya sakan kutip duet raya
trend sekarang..sampul raya pon design duet
ni sahal cousin kitorang yang memang tiap kali raya
dy memang salu follow kitorang beraya..

ni orang baru dalam family kitorang
 cousin i yang bawu bape bulan ni name dy aliff..
comel sangat.sangat..
ni jelah updat tuk kali ni..wish lepas ni lebih rajin untuk menghapdet...i like blogging but i dont have much time to blogging.. sekian saja tok kali ini..chiao...

p/s : blog ubder consturction..ngeee...



dah bace??like la...

Saturday, July 30, 2011

Akhirnya kelegaan yang dipendam *_________*

saya pon nak~!


Assalamualaikum....
susah nor nak on9 kat bilik kesayangan aku ni...entry excited nak hapdet terpakse ler aku simpan..bz satu hal..wifi satu hal..nape la wifi segan2 nor kat bilih aku ni pon tak tau la...

ok baiklah...bz tak bz..dapat gak la akhirnya aku setlekan some hal yang nak kene disetelkan lepas balik l.i..dapat pulak nak2 lecturer yang busy tahap tak ingat...ehmm..nasiblah diriku dapat PN Norlizawati..baik2 memang baik..sporting memang sporting..kenal memang kenal...adoi tapi kene pkr gak strict dy tahap tak ingat..tapi alhamdulillah..alkisah~~~

dah la interview petang..excited kelas pg je..tup2 interview petang..nvr mind asalkan setel...sebelum g tu,,menuntut segala ilmu dlam report yg aku celup2 je mase siapkan...yg paling tak tahan...amek kau!!!! 2kali aku serang toilet~!!!membuang khazanah cuak punya pasal..pale dah pening2,nak muntah.badan dah sejuk.mcam nak kene demam.msg la kakak aku farah zuryati yang pasan comey tu...bile kate je aku pening nak muntah..terbek punya suggestion 'KOL la mintak tangguh,,' tu diaaaaa.... caring gile nan adik dy sampai dy tak ingat kalo bukan arini bile lagi....hahhahhaha

yang paling terbaik kakak aku ni...siap kol...time aku tgh2 cuak2..suwoh praktis nak cakap ape..mcm ne..detail siot dy citer..masuk nak wat pe..mcm ne..ckp ape..citer ape..yg paling penting pesan dy yg aku ingt.."sebut je name akk yg comel ni.. con4m setel"
baik la...setel la sgt....

mula aku rase...adoiiiiii.....

dupdapdupdap..g je la jbtn,,jln,siap bace nota kau,,hahhaha,,smpai je jbtn my all the classmate yg sdg tunggu group kitorg present bg semangt suwoh masuk,,thanks korg..untung la korg da setel interview...dpt lctrr sporting tak ingt,,,,masuk je dalam pejabat lecturer WTF!!!!bau ape ni??


terbaik bau dy~~

amek kau satu ofis tu bau durian..adoi pening palo den dibueknyo...hhahha..sabar je la..redha tunggu turn dengan clasmate smbil2 tu jenguk2 gak kat dlm bilik meeting tu..pastu bergosip melahirkan rase tak puas ati bau durian...

Konon nak bertahan tak lame lepastu...kepala dah pusing..perut dah ase tak selesa..angkat punggung...bweeekkk!!!!!..

tak muntah pon..rase je...lame giler bergosip psal tempat l.i bawu la si erin (my clasmate yang kene 1st interview)   keluar dari pejabat lectrr dengan muke tersengih2..smbil pegang report...dlam ati ...Adoi~~~~~~

dengar alkisah erin memang wat aku cuak tahap nak terkentut.....dlm ati2 mintak2 itu..mintak2 ini...risau punya pasal...keluar si syira(classmate yg tunggu sali) amek ko senyum bukan men nak lebar~~!!! again WTF~!!!! untung la syira..

aku pun..seperti biase..wat muke kunun2 cumel kunun2 kental masuk dalm office..bukak2 pintu,.amek kau puan tibe2 betul2 depan mate,terperanjat aku...nasib bek aku bukan jenis melatah...upenya si syira tak tulis name agi..puan p la kejar dy..huh! Igtkan nak smbut kedatangan aku...again!!!back to muke cumel ala2 kental gitu...masuk bilik meeting puan ngah tunggu...aku pon buatlah segala ilmu yg diturunkan oleh kakakku yg pasan comel 2..

mule2 puan kate
"maafla kite terpakse buat dlm bilik meeting sebab satu ofis berbau durian..tadi kami semua makan durian..."
agak sudah....bak kate efa,,untung la makan durian dlm bilik beraircond memang tak bau...tapi aku mampu jawab "untung la some suke makan durian.."hahhhaaha smpai sekarang aku tak tau pe yg aku cube smpaikan..memang ngeng aku ni...

tgk muke puan..yg relax aku jadi relax...tapi gaya dy bukak report aku..memang mendebarkan...satu2 kau dy tgk..tapi tol ayat entry sebijik pe yg kakak aku ckp...

paling tak r...dah la boleh lupe form ape...then boleh aku tak faham soalan puan,,aku tak phm..aku tnya balik puan...nasib bek puan baik...sabar je dengan aku..

tapi memang best la..relax..rase selesa bile soalan tu kite dpt jwb..(entah tol entah tak) interview siap mengadu aku sedih dok MASSA tu asyik kene buli..hahahhaha..sengal.tipu je..

bile puan kate "kalo cam tu,ok la dah setel"
aku nan muke tak caya ni...boleh tnya "hah??yeke???"
dlm ati........
report aku ok ke??betul ke pe aku wat??

boleh siap tnya "Betul ke puan??report sy tak de masalah?"
puan jawab "ok la ni..nak mcam mane lagi..as long as kamu tau pe kamu buat..tak de masalah"
aku siap garu kepala bukan men tak caya tol ke tak..
bile dah tnya bawu sedar..nadriyatun!!!yg ko p tnya report ade masalah tak de masalah wat pe..kalo puan kate setel..setel la tu...and then dengan bangge nya aku bagun...rase nak melompat u.. over!!! padahal interview l.i je pon,,bukannya interview keje..hahahaha

otw balik...laa...mcm tu je ke interview l.i??
sia2 je cuak smpai g toilet membuang 2x..
aleh2 lapa balik..2la OVER lagi kau!!!!!

akhir kate..ape yg aku dpt n nak bg tau yg akan lalui interview l.i ni..puan kate "as long as kamu tau pe kamu buat n kamu betul2 paham itu dah cukup"

pesanan penaja: baiklah adik2 jgn ikut pangai saya yg celup2 ni ea..pham kan repport anda..itu adalah pntg,.,


another p/s: THANKS to kakakku FARAH ZURYATI yg banyak membantu bg sokongan moral, idea, n jln penyelesaian n banyak gile kot tolong aku siapkan report...yg paling bnyakk...tolong tarik telinga...JASAMU DIKENANG Sis~!!!!besties @ kakakku HIDAYAH juga yea..thanks about the rujukan,,kak farah jaht gelakkan report akk~hahahhahahahadah bace??like la...

Friday, July 22, 2011

sem baru azam yang baru


walaweh...yuhuuu..sudah lame tidak menghapdet..

pejam celik pejam celik almost 2 weeks dah start kelas tuk sesi JUN 2011...huhuuhuhu..rindu kat rumah..hepi gak masuk kelas..sudah masenya tok asah otak kembali..rase pelik giler bile start kuliah balik..sumenya aku rase slow je..ish!!riya be a fast learner k..hahhahaha

sibuk tak sibuk report l.i telah ku submit tetapi untung tak untung belum interview lagi...huhuhuhuhu...cuak beb nak interview nan Puan Norlizawati (betulke aku eja?) nak 50:50 bm bi pulak tu..huhuhu lidah jawa speak in english??pe la jadi nantinya yea...YES...NO....YES..NO..ahahhahaha

Dah sem 5 ni mandat besar sikit..dah senior wei..bukan lagi intermidiate...hahahhaha...KAK RIYA gitu..walaweh..comelnya...

Bukan tu je..totally different. Tol lah encik Fadzli cakap dulu. bile dah balik l.i kite jadi orang yang baru..kalo  dulu yang boys g kelas selekeh2 pon tak kisah dah balik l.i wo!!!dah rajin pakai tie all the time look more smart~~and the gurls balik l.i kalo dulu tak denya nak tempek bedak,,dah balik l.i make up traffic light gitu...hahahhahaha..i admit YES!!! some tu betul..tak pe berubah kepada yang lebih baik tiada salahnya..

sem baru azam baru..lebih concentrate to study n no more leka2...berdiri lepas kite jatuh!!!thanks kakakku farah zuryati..salu bagi motivasi..

Audit,tax,management,Financial.....wah~!!!botak kepala ku..semuanya subjek baru...n lebih killer..jam kredit pon boleh buat aku giler..3.0,4.0,3.0,4.0 pe kejadah..adoi...may ALLAH bless me..tapi insyaallah boleh dilalui...let me introduce my cutest lecturer for this sem (nak muet gitu..kene speak in english...wah!!!nak kemana tu(pinjam jap ayat jr.)hahahhah)

MANAGEMENT ACCOUNTING : PN FAIZATUL ABSHARIZAN

FINANCIAL ACCOUNTING : PN HASNAH  BT  NGAH

AUDIT : PUAN FAUZAN ABD RAHMAN

ENGLISH PURPOSE : EN LAM KOK WEI

And lastly our sweetest and sporting P.A is

CIK AZIELINA

heheehe..macam ne la agaknya sem ni...still rindukan yg dulu-dulu..senior n kengkawan yang dah g l.i...huhuhuhuuhuhuhhuu..see u then..





dah bace??like la...

Tuesday, July 12, 2011

Lirik Beribu sesalan- ning baizura,jaclyn victor and shila hamzah

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

dah bace??like la...

syioknya main GAME!!!


u all pernah tgk tak gaya ala-ala diatas ni???
ni la gaya ala-ala FARAH ZURYATI and MUAZ adikku..
semangat siot!!! kalo mengadap game~
so sengal~


'Apa yang best sangat men game???'
'best la..dapat kepuasan,release tensen!!!!'
tu la jawapan kakak aku bile aku tanya..ape ke punya jawapan dah~~ nak kepuasan???....moh jerit same-same..

BARU KU PUAS!!!! BARU KU PUAS!!! BARU KU PUAS!!!!

hahahahhaha..yang jerit ni aku baru bawu belajar dari team MSK jun 2011..selepas sesi menghentam kene jerit ni,,sengal je...wakakakakaka..

ok riya back to de reality..ape sebenarnya yang kamu nak cerita,walaweh..lame gile tak hapdet blog..bahan ade tapi malas bukak lappy..kepam la jadinya..

pernah tak korang yang suke sangat men game ni terpikir..sesuatu game boleh menghina agama kita.. Nauzubillah~ juz checkitout ade tak kite pernah main game yang tersenarai ni...

ditangga pertama mendahului carta...

1.DEVIL MAY CRY


elemen menghina islam : apabila memaparkan kalimah ALLAH dan menyerupai kaabah
dimana ade dalam game ni 12pintu yang kononnya dikehendaki menentang syaitan  sebelum menembusi pintu terakhir iaitu pintu kaabah..kalimah ALLAH jelas tertera disetiap 12 pintu dan pintu tersebut benar2 menyerupai pintu kaabah,,

2.RESIDENT EVIL 4


elemen menghina islam : mengandungi lambang illuminati pada loket/ tangkal dan pintu yang mane terdapatnya loket tersebut menyerupai pintu omar alkhattab masjid nabawi.

3. ZACK AND WIKI

elemen menghina islam : dimana penghuni pulau melaungkan ALLAHUAKBAR dan kemudian meniru cara berdoa pada minit ke 0:20 n 0:40


4.COUNTER STRIKE

rasenya game ni paling popular.

elemen menghina islam : time kene tembak oleh askar2 islam askar yang kene tembak menyebut ALLAHUAKBAR dan JIHAD

banyak lagi game yang menghina islam antaranya stronghold crusader,prince persia, and guitar hero 3 legends of rock.
nak bace lebih detail jengah ke http://forum.cili.ws/showthread.php?tid=340 penerangan lebih detail n terperinci saya disini hanya berkongsi.

lastly rasenya better yang mane suke sangat men game2 yang tak faedah kat atas ni better join kakak aku men game ni....

ni lah game kakak aku men tak ingat..
baek nor tolong burung2 tu...
hahahahhahaha~!! (gelak jahat)









dah bace??like la...

Friday, June 10, 2011

hidup takkan berakhir dengan begitu mudah~


salam..
sudah berhabuk blog ni,
tuannya kemana???menghilang....

pinjam dulu ayat melody dalam CINTA MELODY
'hidup takkan berakhir dengan begitu mudah'
yup..
yang datang perlu dijalani..
yang pergi perlu diredhai..

menjalani hidup kita rasa some disamping kite
namun hakikatnya kite sendiri..
mencorakkan hidup yang penuh dengan tawa, gembira, sedih dan duka

mereka rasa mereka faham diri kita
tapi hakikatnya.............????
dah bace??like la...

Tuesday, April 26, 2011

berita baik untuk si peminat aA+Bb



Assalamualaikum...auuucchhuuummm~~!!!!
huhuhuh...saya selesema cikgu~~~eh salah saya selesema mak~~T_T (duduk nan mak kan)
Thanks for the readers yang sudi singgah diblog capok ni..ngeee...

okok..
tak nak lari tajuk..sometimes tengah type nak wat entry ni boleh jadi someting yang tak dijangka..
cth macam tak terpikir pon nak update pasal benda tu.
then..tup2..dah jadi entry..terima je la.

ok..arini selepas sekian lame tak bukak emel aku yang dah macam tong sampah oleh sebab aku yang terlalu rajin nak kemaskini email aku..aku baru tau emel nak kena kemas kini dari kakak aku..and dy salu lah ceroboh masuk emel aku then padamkan ape yang patut...tu pon dikire kemas kini ke????hehehhe..btw thanks yea.

p/s : ingin kan sebuah Honnda city??..klik untuk jadikan hidup anda lebih senang dengan menang.

tapi arini aku bawu realise yang ape yang dicakap ade betulnya jugak..
sebabnya aku bawu la perasan emel bertarikh 18hb dari jemari seni...dengan tajuk...

"perutusan daripada hlovatulis"


what??hlovate..omg!!nape aku bawu bace..
pada sape yang tak kenal..marilah saya kenalkan sedikit sebanyak...
hlovate ni seorang penulis jemari seni
antara karya nya yang amat sempoi tahap gila tak ingat...

1)5 Tahun 5 Bulan
2)Guridam Jiwa - Hlovate, Imaen, Noor Suraya
3)aA + bB
4)[tunas]
5)Rooftop Rant
6)Pelangi -Syud,Hlovate, Noor Suraya
7)Versus
8)Geng ABCDE Bercuti ke Arau -> JS Adiwarna

yang paling best..sampai sekarang aku tak tau la dy ni she or he??
huhuhu..most wanted..sempena pesta buku ni..dy nak kua kan novel bawu..nak beli~~~~

ni la emelnya...


dah bace??like la...

Friday, April 22, 2011

hijab tutorial



tutorial??hah??bia nor??reti ke riya fadani nak buat video ke amek2 pict???...hehehehhehe
maap yea..oleh kerana saya ni sgt la and amat la pemalu(maap yea kesalahan bahasa disitu hehhehehe)..
jadi..saya ketengahkan dari segi lain.. saya upload je video orang yang saya suke..hope u all suke..

yang penting saya nak sangat kongsi. dengan orang lain...
kalau kita dapat lihat fenomena memakai pashmina atau selendang sekarang ni dah hapdet..eiiii..up to date la..
jika anda rase bertudung tak boleh dicommercialkan. ANDA SILAP!!!

huhuhuhhuh..emonya ayat diatas *___*"
bukan ape..citer pasal pashmina and selendang ni mengingatkan aku dengan tempat aku belajar..dimana ade golongan2 tegar yang tidak menyukai pemakaian selendang. ingat lagi ape yang ketua blok kitorang cakap mase rollcall blok..(eh betul ke aku eja ni?)

"bawak la balik some korang punya selendang2 tu..tak ada tempat untuk korang pakai selendang kat poli ni"

OMG!!!!!!!!!!!! SO WHAT??!!! SELENDANG TU KO BELIKAN KE???? (aku menjawab dalam hati..dalam hati je la mampu...heheheh)

yup..tu la yang dicakap olehnya yang bername w bukan nama sebenar..
aku yang sedang duduk mendengar amat la tersentap saat itu yea..kenapa??
ia adalah disebabkan kerana aku adalah pemakai tegar selendang...ngeee~~~~*_______*
walaupun aku tak amek pusing sangat..tapi ade jugak la junior2 yang bangun berdiri mempersoalkan hal tersebut..terkedu ko..

ape la salahnya memakai selendang???kami juga menutup aurat..adakah kerana selendang itu lebih pendek dari purdah yang kamu pakai itu adalah salahnya??? tapi ape yang dilihat..tudung kamu same sahaja nan tudung kami yang lain2..tak lah besar sangat untuk menutup keseluruhannya...nape la ade orang sebegini..dan ditegas disini....

"islam tidak menetapkan fesyen asalkan tutup aurat,kecantikan bukan pada fizikal sebaliknya ketinggian akhlak dan budi pekerti yang menjadi ukuran"


okok..abaikan mereka~~~ yang penting be yourself jangan jadi orang lain..sama2 la kita layan video tutorial yang kat mane tah aku jumpe..anyway thanks to incik GOOGLE>>



suka tgk video ni coz simple,,,

now kite layan pulak the gorgeous HANA TAJIMA>>





nice kan simple giler and sangat2 la senang..tu yang suke sangat pakai shawl ni....hehehehheehe
kita dah try..salunya dapat feedback dari mak and kakak.."ape ke pelik nor adik pakai shawl ni"..
nak try kene ade keyakinan and keberanian....






dah bace??like la...

bila jozan amek english education

Assalamualaikum..alahai entry...dah lama tak hapdet..bukan ape..tak sempat bebenor..hehehe..
la ni bawu dapat curi2 masa nak hapdet..
pagi tadi masuk kelas mengaji iqra dengan ustaz muhammad azri..hehehhe..kat ofis aku ni tiap2 hari mengaji..untuk pelajar praktikal kene masuk kelas iqra..sonok sangat mengaji nan ustaz azri klik yea.untuk ke fb ustaz...hehehhe..
ustaz ni sporting sangat cara dy mengajar pon bagus and senang sangat nak folow..bila dah mengaji nan ustaz azri..baru la tahu yang rupanya banyak nya salah dalam bacaan al-qur'an. setiap kesalahan cara menyebut kita boleh merubah maksud sebenar.. OMG!!!!!!!!!!
even dah besar panjang kita tak perlulah nak malu belajar iqra sebabnya penting sangat2 untuk kita kuasai cara menyebut huruf hijaiyah yang sebenarnya..sebab setiap dalam solat kita pon diguna pakai..kalo tiap2 hari solat lima waktu tapi bacaan kita tak betul..ehem..masing2 tau la kan..and satu petua ustaz tiap kali tak dapat menyebut huruf2 yang susah iaitu..
"berderma la dan niat semoga dan mudah2an kita dilancarkan untuk menyebut  huruf tersebut."
yang seronoknya mengaji dengan ustaz azri. dy ni pakar IT pakar teknologi. papehal pasla update terkini sume dy UP TO DATE...hehehehe..kak limah pon dy layan..."bakor je". ok actually entry ni bukan untuk promote ustaz azri yea.tapi nak suwoh korang layan video ni..ustaz azri suwoh kitorg tgk....ustaz..ustaz...*____*




patutla ustaz aku bukan men sungguh suruh tgk..upenya lawak tak ingat..hahahahhaaha

btw besar gak pengaruh jozan ni yea..
dont forget vote jozan di MAHARAJA LAWAK yea  ..^____^




dah bace??like la...

Sunday, April 10, 2011

you are not alone~its that true??


Pernah tak rasa bile kite on one situation..
rasa buntu!!! need someone...
waiting for someone..yang kita boleh harapkan, yang kita nak depends on her/him...

then..
pe yang jadi...
after our waiting...
after we build our hope..


apa yang kita dapat adalah...
kita rasa lagi down..
rase lagi tak de semangat...
dan langit yg dulunya akan terang...
menjadi lebih gelap...gelap dari sebelumnya..

at that time..
what we can do is..
juz cry..cry..cry and cry..

huhuhuhuhuhu..
tulah yang aku sedang lalui sekarang ni...
sedihnya..sedih sangat2...
feel like at the empty room..

 


dah bace??like la...