Friday, November 5, 2010

KASIHKU BUAYA


Kasihku Buaya
OLEH RIYA FADANI
P/S* memang bnyak kesalah ejaan so abaikan...

                        Syikah keluar dari keretanya terburu-buru dia telah terlewat bangun pagi tadi.Terpaksalah dia mendengar bebelan mamanya awal pagi lagi.Dia terus menapak kepintu pagar sekolahnya,nasibnya baik loceng sekolahnya masih belum berbunyi, jika tidak hari ini pasti menjadi sejarah dalam hidupnya,buat pertama kalinya dia terlewat kesekolah dan pastinya dia merupakan pelajar pertama yang datang lewat untuk hari ini didalam buku disiplin.Dia terus berjalan kekelas 5Sains1.Setibanya dia dikelasnya pelajar-pelajar lain telahpun berada ditempat masing-masing.banyak mata yang mengiringi dia ketempat duduknya.Biasanya dialah diantara pelajar terawal tiba dikelasnya tetapi tidak untuk hari ini.Dia tidak memperdulikan pelajar lain,tempat duduknya yang berada dibarisan paling hadapan menyelamatkannya.Dia tersenyum pada teman yang sedang senyum disebelahnya.
         “Kenapa kau lambat hari ini?”tanya Alya sebaik sahaja dia duduk ditempatnya.Alya merupakan teman baiknya yang dikenali dua tahun lepas ketika baru dia berpindah kesekolah itu.
         “Bangun lambat lah..habis kena bebel dengan mama.”jawab Syikah sambil mengelurkan buku pelajaran pertama hari ini.
         “Aku macam tak percaya je.”mereka ketawa.
         “hai nampaknya pelajar terbaik kelas kita datang lambat hari ni”Tiba-tiba suara kedengaran kuat dari hujung meja sebaris dengan tempat duduknya.Pelajar lain yang mendengar ada yang ketawa dan ada juga yang sedang bisik-bisik sesame mereka,masing-masing sudah masak dengan apa yang bakal berlaku. Perang bakal bermula.
         Alya memandang Syikah.'Ai..budak-budak ni pagi-pagi takkan nak mula perang dorang kot.'
         Syikah mengetap bibir cuba bersabar. bukan dia tidak tahu siapa empunya suara. Amir Shauki. Satu nama yang tidak asing lagi dalam kamus hidupnya. Jika sehari lelaki itu tidak menyakiti hatinya memang tidak sah. Mungkin sudah menjadi rutin harian bagi lelaki itu..
         “Hai no respons Nampak,tak de modal ke?takut...”Amir bersuara sengaja membakar api kemarahan Syikah.Syikah memandang Amir.Dia tersenyum.
         “Encik Amir,awak lupa ambil ubat ke pagi tadia? Owh.... patutlah pagi-pagi lagi perangai dah meragam”Kini suara Eisya pula kedengaran perlahan disambut ketawa pelajar lain.belum sempat Amir membalas Cikgu Azizah telah melangkah masuk kekelas. Semua pelajar bangun memberi salam.
         Amir geram kerana tidak dapat membalas kata-kata Syikah.Tunggulah kau Syikah.desis hatinya.
                   *                 *                 *                 *                 *                 *
        
Hari itu, Syikah dan mamanya keluar shopping ke Midvalley.Selesai membeli-belah Syikah teringin makan makanan Korea.Dia dan mamanya ketingkat atas berdekatan panggung wayang.Selesai makan mamanya mengajak Syikah untuk tengok wayang.Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh dihadapannya,Amir!dia sedang memegang tangan seorang perempuan dengan mesra.Amir memandang kearahnya sambil tersenyum sumbing.Syikah menjeling mencebikkan muka.
         “Mama tiba-tiba Syikah tak rasa nak tengok wayang.Syikah penat lah ma.Syikah rasa lebih baik kalau kita balik je.”
         “Syikah nak balik?Okay. jomlah mama pun tak kisah.Lagipun ramai orang lah sayang.”
         Syikah dan mamanya lantas pergi dari situ.Dia tidak menoleh dia tahu Amir sedang melihatnya.
         'Apa dah jadi dengan aku?kenapa aku lari sebaik melihat dia?.Aku  cemburu ke?tak mungkin..'Syikah berkata-kata didalam hatinya.Tak mungkin aku suka dia.Lagipun dulu aku sendiri yang dah tolak dia.Tak mungkin!.
        
                   *                 *                 *                 *                 *
         Ketika waktu rehat Syikah hanya duduk didalam kelasnya mentelaah.Dia tak mahu membuang masa kerana SPM tidak lama lagi bakal menjelang.Sedang dia mentelaah tiba-tiba Amir menghampiri mejanya.
         “Semalam aku ada nampak seorang ni terus blah lepas nampak aku..kenapa?jealous?”Amir berkata.Walaupun Syikah tak pedulikannya.
         “jealous?!What can I get?hah?tolonglah..”Syikah memandang tepat kewajah Amir.
         “Eh..kau ingat kau dah bagus sangat?jangan nak bongkak lah”
         “Encik Amir Shauki Bin Dato' Rashidin!”Syikah berdiri dan menghentakkan bukunya dimeja.Suaranya sedikit lantang,sengaja ditekankan perkataan Dato' itu.Amir telah melampaui batas untuk menuduhnya bongkak.Pelajar lain turut terperanjat melihat tindakan Syikah. Selama ini Syikah tidak pernah begitu marah dan selalu bersabar.
         ''saya tak pernah rasa diri saya bagus tapi tak tahulah kalau awak yang rasa diri saya bagus.soal diri saya bongkak atau tidak tiada kena mengena dengan awak..Terima kasih!maaflah saya tak dapat nak meluangkan masa lama dengan awak.”Syikah terus berlari keluar kelas menuju ketandas.Air matanya tidak dapat ditahan.Air mata ini terlalu murah untuk insan bernama Amir Shauki.

                   *                 *                 *                 *                 *
         Sejak kejadian itu Syikah tidak hadir kesekolah.Ramai pelajar menyangka kejadian tempoh hari itu menyebabkan dia tidak mahu kesekolah.Ramai juga guru-guru yang bertanyakan tentang Syikah ke Alya.Hanya gelengan saja yang boleh diberikan sebagai jawapan olehnya.Dia telah berjanji untuk tidak memberitahu tentang penyakit Syikah ke sesiapa pun.Itu adalah amanah dan janjinya kepada Syikah.Tiap-tiap petang dia akan ke hospital melawat Syikah.Dia sedih melihat keadaan Syikah yang lemah namun masih mampu tersenyum.
         “Syikah dah lama kau tak datang sekolah.Semua orang tanyakan kau”
         “Ya ke?macam tak percaya je..kau tak cakap ke aku pergi melancong?”Syikah tersenyum melihat Alya yang terkejut.Sejak peristiwa itu dia terpaksa dirawat di hospital.Penyakitnya semakin melarat.
         “A'ah lah kan,aku lupa lah..kenapa tak bagi idea awal-awal.Kalau tak senang sikit kerja aku..haha..nice joke.Semua orang datang jumpa aku tanya Syikah kenapa tak datang sekolah?.Datang jumpa aku bukan nak tanya pasal aku,ni tak kau je..Dorang ingat aku kaunter pertanyaan apa.”
         Syikah ketawa mendengar cerita Alya.''Syikah cepatlah sembuh masuk sekolah.Kerusi kau tu sejuk je tau.Tiap kali Cikgu Ahmad buat lawak bila terpandang kerusi kau jadi tak lawak pulak.Tak syok lah ketawa sorang-sorang kat depan tu.Yang aku peliknya tak ada sorang pun berani duk tempat kau.Kau tinggalkan apa kat kerusi kau sampai semua orang takut nak duduk hah?”
         “Aku tinggalkan 'penjaga' tuk kau”Syikah bergurau.
         “Thanks!kau tau tak..”
         “Tak!”Syikah memotong kata-kata Alya.Syikah ketawa.
         “Memanglah kau tak tahu..dengarlah..Amir sekarang tak macam dulu.Dia sekarang senyap je bila kau tak ada..tiap-tiap hari datang jumpa aku  tanya pasal kau”
         “Nak buat apa?nak kata aku bongkak lagi?”Tiada senyuman dibibir Syikah
         “Kau simpan dalam hati lagi ke?tak elok lah ka..kan kau selalu gaduh  dengan dia.Pantang jumpa je gaduh.Aku ingatkan kau dah biasa dengan apa yang dia cakap.Sebenarnya kan,aku tak paham kenapa dia layan kau macam tu.Aku dah kenal dia lima tahun,aku tak pernah nampak dia layan orang lain macam mana dia layan kau.Dia tu baik sebenarnya.”
         “Baik dengan kau bukan dengan aku.Nasib baik aku masuk sekolah tu kalau tak..tak tahu lah perangai sebenar dia,buaya kutub!buaya tembaga!segala bapak buaya!”
         “Dia kata dengan aku dia tak sengaja kata kau bongkak hari tu.”
         “Alah..biarlah dia sengaja ke tak.dah jangan cerita pasal dia lagi.”
         sebenarnya bukan itu yang buat dia terasa hati.Dia sendiri pun tak pasti            apa sebenarnya.

         Syikah masih tidak boleh terlena,dia teringat kata-kata Alya.Lantas Dia teringatkan kejadian petang hari dia menangis dulu.Dia ingatkan dia orang terakhir yang keluar dari sekolah selepas kelas tambahan itu,kerana kawasan sekolah agak sepi.Tidak disangka ketika dia sedang menunggu diperhentian bas yang ada dikawasan sekolah dia didatangi seorang lelaki.Rupa-rupanya Amir.Lelaki yang telah buat dia menangis pagi tadi.
        Dia berlagak seperti biasa.Dia melihat Amir mengambil tempat dihujung tempat duduk tersebut.Syikah hanya buat tak tahu.dia sedang risau kerana pemandunya belum sampai.Dia terasa sakit didadanya mencucuk.Tadi sebelum kekelas tambahan dia terlupa mengambil ubat.
        “Aku ingatkan siapa tadi rupanya kau.”dengan nada suara yang agak menyampah Amir berkata.Syikah tidak memperdulikan kata-kata Amir.dia lebih memikirkan sakit didadanya,'Pak Mat cepatlah sampai'.Dia terbatuk-batuk.
        “Kenapa balik lambat?pemandu kau mana?”
        Tiada jawapan dari Syikah.Syikah hanya memendangnya. Wajahnya pucat. Dilihatnya Syikah tebatuk-batuk dari tadi.Timbul kerisauan dihatinya.
        “Hai aku tanya elok-elok..aku bukannya cakap dengan batu tapi cakap dengan budak pandai.takkan tak boleh jawab kot?”
        Syikah sebenarnya mahu menjawab setiap pertanyaan Amir yang belagak itu,Amir memang begitu.Tidak pernah sekalipun dia bercakap baik-baik dengannya tetapi sakit didadanya tidak dapat ditahan.Dia memegang dadanya.Amir mula mendekati Syikah.
        “Syikah kau tak apa-apa ke?kau kenapa?”dia memegang bahu Syikah.Kali ini suaranya lebih lembut.Syikah batuk lagi.Dia melihat tapak tangannya,ada darah.Amir yang turut melihat juga amat terkejut.
        “Syikah darah!kau sakit ke?Aku bawa kau ke Klinik ya?”
Syikah seperti tidak percaya baru sebentar tadi dia merungut tentang cara Amir bercakap dengannya.Kini Amir bercakap dengan baik dengannya.Syikah pantasmenggeleng.Dia cuba membuka beg mancari handphonenya,tetapi sakit didadanya menyukarkannya.
        “Kau nak cari apa?biar aku tolong.”
        “Hand...phone..pak..mat...”Suara Syikah tersekat-sekat.Belum sempat apa-apa sebuah kereta BMW berhenti betul-betul dihadapan mereka.Seorang lelaki agak tua keluar meluru kearah mereka.
        “Ya Allah Syikah.Minta maaf nak Pak Mat lambat.”
        Pak Mat cepat mengambil beg Syikah dan memimpin Syikah kedalam kereta.
        Dari dalam kereta Syikah melihat Pak Mat berkata sesuatu pada Amir.Kemudian Pak Mat masuk kedalam kereta dan memecut laju.
Syikah sempat manghadiahkan senyuman untuk Amir sebagai tanda terima kasih.
         *                 *                 *                 *                 *
         Peperiksaan SPM dilalui dengan serius oleh setiap pelajar.Sedar tak sedar hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan.Kertas terakhir pada hari itu adalah matapelajaran EST.Bagi Syikah kertas itu begitu menyeksakan tapi dia telah melakukan yang terbaik.ramai pelajar yang bersorak kegembiraan sebaik sahaja melangkah keluar dari dewan peperiksaan.Tak kurang juga ada yang membaling tepung dan sebagainya.
         “Syikah!”Amir menegurnya.Syikah yang sedang bergelak ketawa bersama Alya memandangnya dengan senyuman.Kini tiada lagi perselisihan antara mereka semuanya sudah selesai.
         “Saya ada something nak cakap dengan awak.Boleh kita bercakap berdua sekejap je?”
         syikah mengangguk.Dia dan Amir berjalan ke satu tempat duduk di bawah sepohon pokok.
         Lama mereka berdiam diri.
         “Saya sedang menanti mir..tadi awak kata awak nak bagi tahu saya sesuatu,apa dia?”Syikah memulakan bicara.Dia tidak betah menunggu Amir memulakan bicara dan asyik merenung mukanya.
         Amir bagai tersedar dalam mimpi.Dia malu sendiri.
         “Syikah saya nak minta maaf kalau selama ni saya ada menyakiti hati awak.”Amir memulakan bicara.
         “Rasanya kesalahan tu dah ditebus dengan cara yang sama kan”
         Amir tersenyum dia faham maksud Syikah.Selama ini kan mereka sentiasa saling menyakiti hati masing-masing.Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.Sebuah kotak yang dibalut dan diikat dengan sebuah riben merah.
         “Ni untuk awak.”kini kotak tersebut beralih tangan.
         “Saya harap saya dapat jumpa awak lagi..saya takut kita sebaliknya.Saya tahu awak pernah tolak saya dulu.Saya takkan paksa awak.saya akan tetap menunggu Syikah walaupun berapa lama lagi dan saya harap bila masanya tiba kalung itu ada dileher awak.Jika tidak saya faham.
         Saya takut kita tak dapat jumpa lagi.Jadi awak tolong jangan tolak pemberian saya itu.”
         Syikah tak tahu apa yang harus dikatakannya saat itu.Lidahnya kelu.
         “Saya pergi dulu”Amir lantas bangun.Bagai ada sesuatu yang mengejutkan dari lamunannya Syikah tersedar.
         “Saya takut saya tak dapat menunggu sehingga saat itu tiba.Saya takut saya yang tinggalkan awak.”
         langkah Amir terhenti.Dia memandang Syikah.Dia keliru dengan kata-kata Syikah.
         “Awak takkan tinggalkan saya kemana-mana syikah kalau jawapan yang saya nantikan adalah yang saya tunggu Syikah.”Amir lantas menyambung langkahnya meninggalkan Syikah.
                   *                 *                 *                 *                 *
                   -MAC 2001
         Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM tahun 2000.Penat lelah mereka akan terjawab hari ini.Amir melangkah masuk ke dalam dewan untuk mengambil slip Spm nya.Dia datang agak lewat.Selesai dia mengambil resultnya dia mengucapkan Syukur,dia memperoleh 10A1 bersama-sama dengan lima orang pelajar lain termasuk Syikah dan Alya.Dia mencari kelibat Syikah.Namun hampa yang ada hanya kelibat Alya.Dia menghampiri Alya yang kelihatan seperti terburu-buru.
         “Alya!”
         Alya menoleh kearah Amir yang memanggil namanya.Kalau boleh dia tak mahu berjumpa dengan Amir kerana dia pasti akan bertanyakan tentang Syikah.Dia tak punya alasan untuk Itu.Ah..hatinya pedih.Dihari yang sepatutnya dia bergembira bersama Syikah kerana menjadi pelajar terbaik sekolah namun hatinya pilu mengenangkan Syikah yang sedang terlantar tenat di hospital.
         “tahniah Alya.”
         Alya tersenyum menyembunyikan rasa hatinya yang pilu.
         “Tahniah untuk kau juga.”
         Amir mengangguk.''syikah mana?”
         Seperti yang dijangka Amir menanyakan soalan itu.Dia kelu.Dia sudah  berjanji pada syikah untuk menyimpan rahsianya.
         “Aku tak nampak dia pun.Kau tak datang dengan dia ke?”
         'macam mana dia nak datang!dia sedang terlantar sakit!'suara hatinya menjerit.Alya tunduk dia tidak berani memandang Amir.
         Amir merasakan sesuatu yang pelik dengan Alya.Wajahnya sugul dihari sepatutnya dia gembira.Ada sesuatu terjadikah?.Hatinya merasa ada sesuatu yang tak kena.
         “Aku rasa kau lain macam hari ni.Ada sesuatu terjadi ke?.Syikah mana?.Bukan sepatutnya korang sama-sama ke?Aku tak sedap hati lah,macam ada sesuatu yang buruk nak jadi.Kau jangalah nak sorokkan lagi.Air muka kau dah tunjukkan segalanya.”
         Alya serba salah.Dia tunduk.
         ''Mana ada apa-apa.Apa kau merepek ni?”
         “Bohong!”jerkah  Amir kuat.
         Alya terkejut.Ada mata-mata yang memandang kearah mereka.
         “Is it something happen with Syikah right?!Don't U try to hide it from me.tell me the truth Alya!”
         Kini air mata Alya tidak dapat ditahan.Air matanya merembes keluar.Alya menggeleng.
         “kalau tiada apa-apa kenapa kau perlu nangis Alya?”ujar Amir.
         “Kau kena ikut aku sekarang!”Alya menarik tangan Amir tetapi cepat-cepat ditrik kembali oleh Amir.
         “Kalau kau sayangkan Syikah kau ikut aku sekarang.”
                   *                 *                 *                 *                 *
         Alya memberhentikan langkahnya apabila terlihat mama dan papa Syikah diluar wad.Dia mengatur langkahnya perlahan-lahan sehingga betul-betul dihadapan mama dan papa Syikah.Amir hanya menurut dibelakangnya.Alya telah membawanya ke hospital.Sepanjang perjalanan Amir memaksa Alya untuk menceritakan yang sebenarnya berlaku tetapi Alya tetap membisu.
         “Mak cik”suara Alya perlahan.Seorang perempuan di hadapannya memandangnya.
         Amir pelik tetapi hatinya berdebar kencang seolah-olah memahami apa yang berlaku.Tanpa disuruh dia meluru masuk ke dalam wad tersebut.Alangkah terkejutnya melihat sesusuk tubuh yang terlantar dihadapannya yang dipenuhi wayar.Air matanya merembes deras keluar.Dia terus meluru kekatil tidak memperdulikan nurse dan doktor yang berada disamping tubuh Syikah.
         “Ya Allah,Syikah.Kenapa buat begini pada Amir.Amir sayangkan Syikah.”
         Amir memeluk tubuh Syikah.Di usapnya wajah Syikah yang pucat.
         “Apa yang terjadi pada dia Doktor?”
         “Syikah dalam keadaan koma.Dia menghidap jantung berlubang.Syikah masih tak sedarkan diri walaupun selepas pembedahan.Kami khuatir jika badan Syikah tak dapat menerima jantung yang baru.”Doktor menjelaskan kepada Amir.Doktor meninggalkan mereka.Alya melangkah masuk.
         “Sampai hati kau tak beritahu keadaan dia Alya”
         “Maafkan aku Mir tapi itu amanat dia.Tapi aku tak tahan dia asyik sebut nama kau Mir sejak dimasukkan kesini.Dia terlalu rindukan kau.Aku takut kalau.......”
         Amir menggeleng.Dia menggenggam erat tangan Syikah.Dia terpandang rantai pemberiannya dileher Syikah.Terngiang-ngiang kata-kata Syikah diakhir pertemuan mereka.
         “Dia takkan tinggalkan kita Alya.Aku dah janji dia takkan tinggalkan aku kalau jawapan yang akan diberikan adalah jawapan yang aku tunggu.”Dia menyentuh rantai tersebut.
         “Syikah,saya sayangkan awak.Bangunlah.Syikah jangan tinggalkan saya.Saya masih perlukan awak dalam hidup saya.Saya rindukan Syikah saya yang ceria dulu,yang sentiasa gaduh mulut dengan saya,yang selalu panggil nama saya dengan nama penuh bila dia marah,yang pasti mempunyai beribu-ribu jawapan setiap kali bergaduh dengan saya,yang selalu gelar saya buaya.Cik Syikah Nurizreen Binti Dato' Badrul bangunlah sayang.Saya tak boleh hidup tanpa awak.”Amir mencium berkali-kali tangan Syikah.Dia menangis tak henti-henti.Dia menggenggam tangan Syikah.
         “A..mir..”
                   *                           *                 *                 *                       *
                   -JUN 2015-
         “Mama crocodile tu apa?”
         Syikah menoleh kearah anaknya.Syikah yang sedang mengemas meja makan bersama pembantunya tersentak.Syafiq menuju kearahnya dengan sebuah buku ditangan.Syikah tersenyum lantas Syafiq dikendong.
         Syafiq yang sudah berumur tiga tahun semakin petah bercakap dicium di pipi.
         “Mama...fiq tanya Crocodile tu apa?fiq tanya atuk dengan nenek tapi atuk dengan nenek suruh Fiq tanya kat mama”
         “ya ke sayang.okay crocodile tu..”
         belum sempat Syikah meneruskan kata-katanya tiba-tiba satu suara memotong.
         “crocodile tu papa.”Amir tersenyum memandang isterinya.Syafiq yang mendengar jawapan ayahnya buat muka pelik.syikah memandang suaminya.Memberi isyarat supaya dia memenerangkan pada Syafiq.Amir ketawa.Lantas diambil Syafiq yang ada dikendong ibunya.
         “Crocodile tu buaya sayang.”
         “habis tu kenapa papa kata tadi crocodile tu papa?Fiq pelik lah papa.Mana boleh papa jadi buaya.”
         Amir memandang Syikah.Dia tersenyum.
         “Dulu...masa papa masih sekolah ada seorang budak perempuan ni suka sangat panggil papa buaya.Jadi papa ni buaya lah sayang.”terang Amir.Kenangan yang tidak mungkin dilupakan dalam hidupnya.'buaya'
         “Kenapa dia panggil papa buaya pa?”tanya Syafiq lagi.
         “Sebab papa syafiq tu gatal..ramai girlfriend.That's why budak perempuan tu panggil dia buaya.”Sampuk Syikah.
         “Macam mana mama boleh tahu pa?”
         Sekali lagi soalan Syafiq mencetuskan ketawa Amir.Syikah hanya menggeleng.
         “yalah sayang..sebab perempuan tu mama.”
         “Ish papa ni.Syafiq tak pahamlah.Syafiq nak tanya nenek baliklah.”Syafiq lantas turun dari kendongan papanya dan berlari menuju ketingkat atas.
         “syafiq!!!jangan lari..nanti jatuh!”jerit Syikah yang melihat Syafiq berlari.
Amir ketawa.Dia gembira kini,Syikah dan anaknya menjadi pelengkap hidupnya.
         “Thanks sayang...”
         Amir memeluk Syikah.dicium pipi isterinya lembut.
         “Kenapa pulak?”
         “Sayang jangan tinggalkan Abang lagi.Kalau sayang nak tengok abang masuk tanjung rambutan pesakit paling kritikal tiada harapan sembuh bolehlah..”Gurau Amir.
         “Ish..apa abang ni..suka cakap yang bukan-bukan.”satu cubitan singgah di peha Amir.
         “Aduh!!”
         “Sakit sangat ke bang?”Syikah risau.lama kemudian Amir ketawa.Syikah mengerti.Kali ini dia menggeletek suaminya.Mereka ketawa.
         Siapa sangka musuh yang dulunya pantang bertemu,kini hidup bahagia.Kenangan remaja mereka merupakan pengukuh pada kasih sayang dua hati.
         “A....mir...Saya sayang awak....”suara itu mengejutkan Amir yang sedang kesedihan.Dia tidak menerima Syikah akan pergi.Amir angkat wajahnya.Dia memandang Syikah yang sedang tersenyum kepadanya.
         Amir yang tidak dapat mengawal dirinya.Lantas mencium dahi Syikah.
         “Syikah,Amir minta maaf.please jangan tinggalkan Amir.”Amir berkata dengan tangisan yang masih bersisa.
         “Amir...bu..a..ya..bo..leh nangis ke?..”tanya Syikah tergagap.Amir yang mendengar ketawa kecil.
         “Buaya you boleh Syikah...Syikah saya cintakan awak..”
         Syikah menggangguk.Mereka yang ada didalam bilik wad tersebut mengesat air mata kesyukuran.Terima kasih YA ALLAH.
dah bace??like la...

0 ulasan:

Post a Comment